Bye-Bye Birdie
KLANG VALLEY PEST CONTROL SDN. BHD
Fungsi
Berkemampuan untuk membantu anda melindungi bangunan, harta benda,tanaman dan hasil tanaman dari gangguan dan serangan burung

archives
08.01.02 - 09.01.02
09.02.02 - 10.01.02

links
blogskins
a fun site
cool javascripts
a good page
link


Template by Will Schaller
Mr.pamy says:

7:15 AM



Mr.pamy says:

7:14 AM

BYE-BYE BIRDIE – Tip Pemasangan

· Sebelum anda memasang peralatan BYE-BYE BIRDIE, najis burung hendaklah dicuci dengan menggunakan bahan pencuci yang bersesuaian, manakala sarang burung pula hendaklah ditanggalkan dari tempatnya serta dicuci bekas sarang tersebut. Jika tidak dibuat sedemikian, kemungkinan burung-burung tersebut datang kembali adalah besar kerana bau najis dan sarang akan menarik mereka untuk kembali.

· Pasang BYE-BYE BIRDIE dengan menggunakan tiang dan/atau bahan ikatan bukan tarikan magnet disebabkan bahan tarikan magnet akan mengurangkan kuasa tindakan BYE-BYE BIRDIE. Jika terdapat bahan-bahan yang mempunyai tarikan magnet, pasangkan BYE-BYE BIRDIE sejauh mungkin daripada bahan tersebut.

· BYE-BYE BIRDIE hendaklah dipasang dengan mengambilkira kemampuan daya gerak apabila ditiup angin. Pergerakan dengan cara samada berpusing atau berhayun mampu mengeluarkan kuasa arus aliran magnet yang dijangkakan.

· Lokasi pemasangan BYE-BYE BIRDIE seharusnya juga mengambilkira pantulan cahaya matahari. Tabiat semulajadi burung lazimnya akan menghindari tempat kerumunan apabila terdapat pantulan atau panahan silauan cahaya matahari yang dikeluarkan dari permukaan holographic BYE-BYE BIRDIE.

· Rekod dan data-data pemasangan mencatitkan jangkamasa selama lebih kurang dua hingga tiga minggu diperlukan sebelum burung-burung menghindari tempat pemasangan BYE-BYE BIRDIE.


Mr.pamy says:

7:14 AM

BYE-BYE BIRDIE – Kegunaannya

· Untuk mengatasi masalah hinggapan dan kerumunan burung di atas bumbung rumah dan bangunan-bangunan.

· Untuk kawasan tanaman diatas tanah dan tempat pembuangan sampah

· Untuk perlindungan hasil tanaman pada pokok (buah-buahan atau bunga) atau melindungi pokok-pokok dari dijadikan tempat kerumunan burung-burung


Mr.pamy says:

7:13 AM

BYE-BYE BIRDIE – Publisiti dan Testimoni
14 Mac 1997
Akhbar Kanagawa (Dicetak oleh Kanagawa Shinbun Newspaper Co.)
Peralatan Yang Unggul Untuk Menghalang Burung Gagak Daripada Membuat Sarang Di Atas Tiang-tiang Elektrik
TOKYO POWER CO. dan lain-lain pengeluar tenaga elektrik di Jepun akan membuat pembelian sebanyak 10,000 unit BYE-BYE BIRDIE untuk kegunaan menghalang burung gagak dari membuat sarang di atas tiang-tiang elektrik. Arus aliran berterusan magnet yang dikeluarkan oleh BYE-BYE BIRDIE akan mengganggu lapangan geomagnetik yang sedia ada dari bumi. Gangguan ini akan mengelirukan burung-burung yang sifat semulajadinya bergantung kepada lapangan geomagnetik ini untuk menentukan kedudukan serta arah tuju dalam penerbangannya.
Sistem arus aliran magnet yang dihasilkan oleh BYE-BYE BIRDIE adalah dari adunan dua unsur iaitu SR Ferrite Magnet dan Neodymium Magnet. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa burung-burung dapat menentukan arah tuju mereka berdasarkan kepada lapangan geomagnetik. Syarikat-syarikat pengeluar tenaga telah membuat keputusan untuk membeli BYE-BYE BIRDIE kerana hasil penggunaannya sungguh berkesan. Sebagai contoh, KUMAGAYA CITY di Saitama Country, Jepun telah menggunakan BYE-BYE BIRDIE untuk menghalau ‘Starlings’ yang berkerumunan di kawasan hutan yang berhampiran dengan Dewan Bandaran mereka. Selepas pemasangan BYE-BYE BIRDIE, pihak Bandaran telah mengumumkan bahawa tiada ‘Starlings’ dilihat di tempat yang bermasalah.


Mr.pamy says:

7:13 AM

28 April 1995
The Denki Shinbun (Akhbar Teknologi Elektrik yang Berkaitan)
Alat magnet BYE-BYE BIRDIE mengandungi magnet kekal berkuasa 2,000 gauss berkemampuan menghalau burung-burung yang ditakrif sebagai perosak. Peralatan ini menggunakan prinsip-prinsip lapangan geomagnetik. Oleh kerana burung-burung bergantung kepada lapangan geomagnetik untuk tujuan pandu arahnya, mereka tidak akan mendekati sesuatu kawasan di mana lapangan geomagnetik semulajadi telah berubah akibat pancaran gangguan dari alat BYE-BYE BIRDIE.
Lapangan magnet yang dihasilkan oleh alat BYE-BYE BIRDIE tidak mengganggu aliran atau lapangan aliran elektrik. Pada mulanya, alat ini telah dicipta untuk tujuan pencegahan kerosakan-kerosakan keatas tanaman-tanaman yang disebabkan oleh serangan burung-burung. Namun, baru-baru ini telah diperhatikan bahawa peralatan BYE-BYE BIRDIE mampu membuat burung-burung menghindari dari mengerumuni tiang-tiang elektrik, pilon dan kabel-kabel elektrik.
Alat ini telah dicipta oleh Tuan Ishida dari syarikat The Brain Corporation. Beliau juga adalah ahli Pertubuhan Perlindungan Burung di Tokyo. BYE-BYE BIRDIE mampu mengeluarkan jangkauan aliran lapangan magnet yang kekal melalui adunan sistem magnet dan aliran magnet dengan kuasa 2,000 gauss. Ia sangat berkesan dalam jangkauan garis pusat 27 kaki jika pemasangannya dilakukan pada ketinggian 7 kaki dan mencapai jarak 67 kaki jika dipasang pada ketinggian 13 kaki.
BYE-BYE BIRDIE tidak memerlukan sebarang kos penyelenggaraan oleh kerana ianya menggunakan magnet yang kekal. Ia tidak mengganggu aliran elektrik kerana sifat aliran tenaga magnetnya yang terus. Ianya menghalang dan menghalau burung-burung tanpa mencederakan sebarang burung dan adalah selamat juga terhadap kesihatan dan sosial manusia.
Bagi tujuan pemasangan ke atas tiang-tiang elektrik, satu BYE-BYE BIRDIE adalah mencukupi. Walaupun demikian, untuk pilon yang diperbuat daripada besi, ianya memerlukan lebih dari satu disebabkan jangkauan aliran magnet dari BYE-BYE BIRDIE akan menyerap kepada bahan berkenaan.
Berbentuk silinder, bergarispusat 38mm, ketinggian 116mm dan seberat 330 gram. Gantungkan BYE-BYE BIDIE dengan tali tanpa unsur tarikan magnet dari bahan tembaga atau besi untuk mengekalkan kuasa magnetnya.


Mr.pamy says:

7:12 AM

13 September 1996
The Asahi Shinbun
Berperang Dengan Kebingitan Burung ‘Starling’
Burung ‘Starling’ telah lama membuat tempat tinggal mereka diatas pohon-pohon Zelkova di sekitar Bandaraya Kumagaya sejak 10 tahun yang lepas. Kebingitan mereka menyebabkan timbulnya masalah serius di kawasan sekeliling disebabkan kicauan dan kebingitan ini berlarutan sehingga sepanjang malam. Pihak Dewan Bandaraya Kumagaya telah mencuba berbagai alat menghalau burung, tetapi masalah ini tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya. Akhirnya mereka menjumpai satu alat menghalau burung yang memberikan kesan yang mereka harapkan.
Alat baru ini yang telah diperkenalkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kumagaya mengandungi sistem magnet yang khusus dan mengeluarkan satu arus magnet keatas burung-burung. Bergarispusat 4.2 cm, ketinggian 13.3 cm dan berbentuk silinder, ianya telah dicipta oleh sebuah syarikat Jepun yang pengkhususannya tetrtumpu pada bidang magnet. BYE-BYE BIRDIE dicipta berasaskan kepada prinsip-prinsip saintifik dalam lapangan geomagnetik. Menggunakan sistem magnet yang khusus, BYE-BYE BIRDIE mampu mengganggu lapangan geomagnetik sehingga jarak 70 kaki radius. Gangguan ini mengelirukan burung-burung yang sifat semulajadinya bergantung kepada lapangan geomagnetik untuk menentukan arah tuju dan kedudukannya. Burung-burung dengan sendirinya menghindari kawasan tersebut.
Pihak Dewan Bandaraya Kumagaya pada mulanya telah memasang 2 unit BYE-BYE BIRDIE pada setiap satu 27 pohon Zelkovanya.
Sebelum ini para penduduk pernah menggunakan mercun dan adakalanya bunga api untuk menghalau burung-burung ini, tetapi ianya bersifat sementara kerana mereka akan kembali semula selepas beberapa minit kemudian. Pihak Dewan Bandaraya Kumagaya pernah menggunakan belon-belon dengan lukisan gambar helang tetapi kaedah ini hanya mampu bertahan selama beberapa hari sahaja.
Pada asalnya, pengedar BYE-BYE BIDIE menganggarkan kemungkinan untuk menghalau burung Starling dengan berkekalan hanya setakat 70%, sementara pihak Dewan Bandaraya Kumagaya menjangkakan hanya 50% sebagai angka-angka yang realistik. Bagaimanapun, seminggu selepas pemasangan alat BYE-BYE BIRDIE, burung-burung Starling tidak muncul lagi.
Akhirnya, peperangan di antara burung Starling dengan manusia telah selesai dan para penghuni dapat menikmati suasana kehidupan yang tenang.


Mr.pamy says:

7:12 AM

15 April 1995
The Nihon Keizai Shinbun (Suratkhabar Ekonomi Jepun)

Bertindak ke atas pengaduan-pengaduan masalah burung Gagak yang serius, pihak Jabatan Alam Sekitar Daerah Tokyo telah menggerakkan satu pasukan projek bagi tujuan menangani masalah burung Gagak pada Oktober lepas.
Pihak Berkuasa Daerah Meguro telah mengagihkan jaring-jaring kepada penghuni-penghuni untuk menutup kawasan pembuangan sampah. Syarikat The Brain Corporation telah menggunakan prinsip bahawa burung-burung tidak akan mendekati kawasan di mana lapangan geomagnetik aslinya telah terganggu lalu mencipta satu peralatan baru yang dinamakan BYE-BYE BIRDIE. Seterusnya Tuan Tomiko Nakazato memberi komen “Selepas saya memasang BYE-BYE BIRDIE, saya tidak lagi melihat seekor burung Gagakpun”
Bilangan atau populasi burung Gagak dalam Bandaraya Tokyo bertambah setiap tahun. Mengikut statistik sebuah organisasi penyelidikan bukan kerajaan, didapati 7,000 ekor burung Gagak pada tahun 1985 dan 12,000 ekor burung Gagak pada tahun 1993. Terdapat sebanyak 378 aduan diterima oleh Jabatan itu dalam tahun 1993.